PUAN NORFADHILAH BINTI ZAINI

Umur : 28 Tahun
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
No Telefon : 019-3845992 
Tahun Menjadi Ahli PI1M : 2016
Alamat

: No.184 Felda Jenderak Selatan, 
  28050 Kuala Krau, Temerloh Pahang

Latar Belakang

Pn.Nor Fadhilah Binti Zaini  merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan beliau adalah salah seorang daripada menantu peneroka  di Felda Jenderak Selatan. Beliau kini berusia 28 tahun dan seorang yang sangat aktif dalam perkembangan aktiviti rancangan. Beliau telah menceburi bidang jualan kecil kecilan dengan menjual tudung di kalangan kenalan rapat beliau sahaja, namun kini, beliau telah memperluaskan promosi jualan di dalam rancangan mahupun di luar rancangan Felda Jenderak Selatan. Malah beliau juga memperluaskan promosi produk beliau di dalam page Dashboard MyShop Pi1M dan juga di dalam facebook beliau.


Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan Pi1M

 

Sebelum beliau mengaktifkan diri di dalam bidang keusahawanan ini, beliau tiada pendapatan bulanan yang tetap. Setelah mendapat pendedahan daripada pihak Pi1M,  beliau dapat menjalankan urusniaga sampingan dengan jualan produk tudung wanita masa kini. Pelbagai jenis tudung wanita boleh didapati melalui Pn. Nor Fadhilah Binti Zaini ini. Jumlah produk dan pelanggan beliau semakin meningkat kerana produk beliau sangat mendapat sambutan dan permintaan yang amat menggalakkan dari rakan-rakan mahupun kenalan-kenalan beliau di media sosial.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI1M

Beliau kini memiliki akaun Facebook sendiri untuk mempromosikan produk tudung wanita masa kini ke seluruh rakan-rakan dan juga kenalan beliau. Kini beliau memiliki pendapatan bulanan sendiri walaupun hanya bergelar sebagai seorang suri rumah tangga sepenuh masa.