SENAH A/P ALI

Umur : 23 Tahun
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
No Telefon : 019-9357958
Tahun Menjadi Ahli PI1M : 2013
Alamat

: Kg Paya Rekoh, 28050 Kuala Krau,
  Temerloh Pahang

Latar Belakang

Senah merupakan seorang anak muda yang berasal dari Kg paya Rekoh, berhampiran dengan rancangan Felda Jenderak Selatan. Beliau juga berasal dari kalangan Orang Asal yang berusia 23 tahun.Beliau amat kerap ke PI1M Felda Jenderak Selatan untuk menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak PI1M. Beliau juga telah giat aktif di dalam setiap program yang telah dianjurkan oleh pihak petugas PI1M Felda Jenderak Selatan. Beliau gemar berkunjung ke PI1M untuk mendapatkan khidmat pembelajaran berkaitan teknologi ( ICT ). Teknologi komunikasi dan maklumat ( ICT ) telah mengubah cara beliau melaksanakan perkara yang berkaitan seperti merangka resume untuk tujuan mendapatkan pekerjaan. Pendapat beliau, pengetahuan dan kemahiran mengguna serta mengintegrasikan ICT adalah sangat penting dalam membentuk dan menaik taraf pendidikan dikalangan Orang Asal agar tidak mundur berbanding dengan bangsa lain. 


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan beliau di Pi1M, beliau tidak berminat untuk berkunjung ke Pi1M kerana bimbang petugas Pi1M tidak berminat untuk melayan beliau dengan baik kerana beliau menyatakan tidak mahir dari segi asas komputer dan beliau tidak yakin serta sangat merendah diri kerana tiada pengetahuan berkenaan pengetahuan ICT. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Namun, selepas berkunjung ke Pi1M beliau sangat berpuas hati  dengan layanan yang sangat baik dan mesra dari petugas Pi1M dan kini beliau sering melibatkan diri dengan kelas-kelas yang telah dianjurkan oleh pihak Pi1M. Melalui kelas latihan yang telah beliau hadiri, beliau dibimbing oleh petugas Pusat Internet 1 Malaysia Felda Jenderak Selatan, beliau kini telah mahir dalam asas komputer dan ini lebih memudahkan beliau untuk menjadi tunjang yang baik kepada rakan-rakan serta memudahkan beliau untuk membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan komputer.