Nama : Syamsul Abdullah Bin Thani
Umur : 43 tahun
Ahli : 2010

Latar Belakang

Beliau telah menjual hasil ternakan kambing, biri-biri dan juga lembu secara kecil kecilan di sekitar kawasan kampung dan kawasan yang berhampiran. Beliau mula berjinak dalam menternak ternakan sejak 7 tahun yang lalu dan pekerjaan ini telah menjadi sebahagian daripada bidang pekerjaan beliau dan telah mencapai tahap yang lebih baik berbanding daripada mula beliau menceburi bidang ternakan ini. Kini beliau telah menjadi usahawan tani di dalam rancangan Felda Jenderak Selatan dan juga diluar bandar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penggunaan ICt, pendapatan bulananbeliau hanya dalam sekitar RM700.00 – RM 1500.00 sahaja dalam tempoh masa sebulan. Jumlah pelanggan bulanan hanya bergantung kepada 2 hingaga 5 orang pelanggan sahaja. Perniagaan ternakan beliau hanya disebarkan melalui rakan-rakan dan juga sanak saudara sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas melalui kelas latihan keusahawanan yang telah dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jenderak Selatan, beliau kini telah memiliki akaun facebook, whatsapp dan juga blog sendiri yang dapat mempromosikan hasil ternakan beliau. Beliau juga turut mencari pelbagai maklumat dengan menggunakan internet dan dapat mempelajari selok belok didalambidang ternakan. Kini pelanggan beliau dari seluruh negeri dimana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook dan juga dari whatsapp. Pendapatan bulanan beliau kini menjangkau RM 2000.00 hingga ke RM6000.00.