Nama : Puan Zabedah Binti Seman
Umur : 34 tahun
Ahli : 20 Oktober 2013

 

Latar belakang

Puan Zabedah merupakan seorang ibu yang mempunyai semangat usahawan yang tinggi. Kini beliau berumur 34 tahun dan perniagaan ini adalah merupakan pekerjaan utama beliau dalam urusan untuk mencari rezeki yang halal dalam menjalankan kehidupan seharian beliau dan juga keluarga. Beliau telah berkecimpung dalam dunia perniagaan ini sejak 5 tahun yang lalu secara kecil-kecilan di sekitar kampung dan juga sektar kawasan yang berhampiran.

Sejak kira-kira 3tahun yang lalu, beliau telah memperluaskan lagi hasil jualannya ke sekitar bandar besar serta beliau kini telah menjadi pembekal kepada ejen/perantara yang banyak membuat pesanan keperek untuk dijual di sekitar bandar. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet Komuniti

Sebelum penggunaan ICT, pendapatan bulanan beliau hanya dalam sekitar RM900.00 – RM 1700.00 sahaja dalam tempoh masa sebulan. Jumlah pelanggan bulanan hanya bergantung dalam perniagaan di platform facebook dan whatsapp dengan kenalan rapat sahaja. Perniagaan beliau hanya disebarkan melalui rakan-rakan dan juga sanak saudara sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet Komuniti

Selepas beliau melibatkan diri melalui kelas latihan keusahawanan yang telah dibimbing oleh Pusat Internet Komuniti Felda Jenderak Selatan, beliau kini telah memiliki akaun page facebook, dan kedai yang dapat mempromosikan jualan beliau. Beliau juga turut mencari pelbagai maklumat dengan menggunakan internet dan dapat mempelajari selok belok perniagaan didalam pemasaran terutama dalam bahagian promosi. Kini pelanggan beliau dari seluruh negeri dimana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui page facebook dan whatsapp dan juga kedai. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000.00 hingga ke RM5000.00 sebulan.