Senaman adalah asas kesihatan kita. Senaman secara teratur dan berterusan akan memastikan kesihatan kita sentiasa baik. Senaman mempunyai banyak faedahnya. Apabila kita bersenam, badan kita akan berpeluh, otot menjadi kuat dan melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan. Ini menjadikan badan kita sihat lalu menyukarkan daripada terkena penyakit. Senaman juga menjadikan bentuk badan lebih menarik. Penampilan diri akan lebih menarik kerana badan yang langsing akan memudahkan pergerakan kita. Oleh itu, kita akan lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat. Persatuan Belia Felda Jenderak Selatan telah mengadakan aktiviti dengan menjalankan riadah senamrobik pada setiap minggu. Aktiviti ini dijalankan bagi memenuhi waktu dan masa yang terluang dengan menjalankan aktiviti ini serta dapat menarik minat belia-belia untuk beriadah secara sihat.
http://feldajenderakselatan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/belia-harapan-bangsa/79-aktiviti-senamrobik#sigFreeIda4e8fa3af7