hfmd poster

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 ( EV71 ) dilaporkan di Malaysia.

 
Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibubapa, pengusaha taska/ tadika/ pre-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk :-
 
1. Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / tadika / pusat asuhan kerana boleh                  merebakkan jangkitan.
2. Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
3. Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh/ merawat lepuh.
4. Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuh tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks.
5. Memastikan pembuangan lampin pakai buang dibuat dengan betul.
6. Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
 
 

 

 KLINIK KESIHATAN FELDA JENDERAK SELATAN

VISI

  • Kearahpeningkatan kualiti hidup,individu,keluarga dan masyarakat melalui sistem kesihatan berkualiti, adil dan saksama, cekap dan serasi pelanggan.

 

MISI

 

  • Melahirkan individu, keluarga dan masyarakat yang sihat, Pejabat Kesihatan daerah Temerloh akan :-
  • Mengadakan program kesihatan yang komprehensif  dan bersepadu untuk setiap individu, keluarga dan masyarakat.
  • Menggalakkan penglibaan masyarakat dalam penjagaan kesihatan melalui peningkatan kesedaran setiap individu, keluarga dan masyarakat.
  • Memupuk kerjasama dan penyertaan pelbagai sektor, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti kesihatan.

 

OBJEKTIF KLINIK

  • Untuk mentadbir perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan Klinik. Menjalankan dasar-dasar Kementerian Kesihatan dan menguruskan sumber manusia dan kewangan ( AKTA FEE ) dan berkesan dalam membantu perjalanan perkhidmatan kesihatan di Klinik supaya objektif Kementerian Kesihatan dalam membekalkan fungsi perkhidmatan kesihatan bermutu tinggi dapat dicapai.

 

LOKASI

  • Klinik Desa Jenderak Selatan berada di dalam Mukim Jenderak dan di bawah Kawasan DUN Jenderak serta Parlimen Kuala Krau dalam Daerah Temerloh.
  • Klinik Desa terletak di dalam kawasan FELDA Jenderak Selatan. Jarak Klinik Desa ke Pekan Kuala Krau adalah 14km ke Bandar Jerantut adalah 49km dan Bandar Temerloh adalah 60km.

 

LATAR BELAKANG

  • Klinik Desa Jenderak Selatan mula beroperasi pada 1986.
  • Kos pembinaan sebanyak RM75 ribu.
  • Keluasan kawasan 1.3 Hektar.
  • Rekabentuk muka bumi adalah tanah rata di dalam rancangan Felda.