TIPS MUSIM PANAS
Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari bagi memastikan anda kekal terhidrat.

340922892 601401588713055 1303134296824861010 n
Pemberian vaksin COVID-19 bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun.
✅ HANYA remaja yang mempunyai persetujuan bertulis ibu bapa / penjaga
✅ Bawa kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri
✅ Remaja perlu ditemani oleh salah seorang ibu bapa / penjaga semasa hari vaksinasi
✅ Jenis vaksin ditetapkan oleh KKM
✅ Pemberian vaksin adalah PERCUMA
✅ Anak anda akan menerima dua dos vaksin COVID-19
✅ Simpan kad vaksinasi dan bawa kad untuk terima dos kedua

Sumber : Portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia
241525390 4729008027118368 4995323647497487075 n

AMALKAN KAWALAN PERGERAKAN KENDIRI UNTUK PUTUSKAN RANTAIAN JANGKITAN COVID-19.

1. Jaga penjarakan fizikal, pakai pelitup muka, dan kerap cuci tangan.

2. Beli barangan secara atas talian.

3. Optimakan penggunaan teknologi untuk kekal berhubung.

4. Masak makanan sendiri.

5. Lakukan aktiviti senaman di rumah.

6. Kekal duduk dirumah dan keluar bila perlu sahaja.

7. Rancang pergerakan bagi elak kesesakan di tempat awam.

kesihatan

Individu yang mengambil kedua-dua suntikan vaksin #COVID19 akan diberikan sijil vaksinasi. Berikut merupakan panduan menyemak sijil digital vaksinasi di aplikasi Mysejahtera.

238313989 3656499101119636 4134341115283504625 n

MENCEGAH COVID-19 LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT.

Sejak kebelakangan ini, peningkatan kes COVID-19 yang drastik amatlah membimbangkan. Penularan kes sporadik di dalam komuniti turut meningkat.
Jangkitan COVID boleh memberikan implikasi serta kesan buruk kepada kualiti kehidupan anda.

Pelbagai inisiatif telah dijalankan agar pelbagai lapisan masyarat sedar akan kepentingan mengelakkan jangkitan COVID-19.
Sesungguhnya mencegah lebih baik dari merawat.
Kita sebagai rakyat Malaysia harus memikul tanggungjawab ini untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Long COVID ataupun Post Covid Syndrome merupakan suatu keadaan di mana bekas pesakit COVID-19 masih mempunyai simptom yang berpanjangan akibat jangkitan COVID-19.

Menurut rujukan antarabangsa, NICE Guideline menyatakan pesakit yang telah mendapat jangkitan COVID-19 berkemungkinan untuk kekal mempunyai beberapa simptom dalam tempoh 12 minggu atau lebih.

Walaupun pesakit telah sembuh dari jangkitan COVID-19, namun pesakit berkemungkinan mengalami simptom yang berpanjangan seperti sakit badan serta lesu. Malah, ada juga pesakit yang berasa lemah ingatan dan kurang daya tumpu. Ada juga pesakit yang masih mengalami kesukaran bernafas serta tidak dapat melakukan aktiviti yang biasa dilakukan sebelum mendapat jangkitan COVID-19.

Maka, dinasihatkan agar masyarakat untuk kekal berada di rumah melainkan ada keperluan mendesak. Amalkan 3 W iaitu kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer, memakai pelitup muka yang disarankan dan mengamalkan penjarakan fizikal. Elakkan sembang dekat, elakkan pergi ke tempat yang sesak dan sempit.

Daftar segera bagi mendapatkan vaksinasi COVID-19 dan pastikan anda hadir mengikut temujanji yang ditetapkan. Pembentukan imuniti kelompok adalah sangat penting bagi melindungi diri kita sendiri, keluarga juga negara.

Andalah frontliners negara.
Elakkan daripada mendapatkan jangkitan COVID-19.
Prevention is better than cure.
Patuhi segala SOP dan amalkan Perintah Kawalan Pergerakan Kendiri.

CPRC Perkhidmatan Hospital
Program Perubatan
8 Jun 2021