PERHATIAN WARGA PAHANG !

Jom Daftar dan Semak status pendaftaran Sistem Imunisasi Covid-19 Pahang melalui aplikasi PahangGo.

Sistem ini dibangunkan bagi memudahkan lebih ramai rakyat di negeri Pahang untuk mendaftar bagi suntikan vaksin.

Lindung Diri,
Lindung Semua.

167987671 118424976997464 2370136632535522175 n 

"LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA"

 

Vaksin COVID-19:
===================================
Kita harus peka dengan vaksin dan imunisasi. Pengambilan vaksin mencegah wabak daripada terus menular. Semakin ramai yang diimunisasi, semakin selamat kita daripada wabak ini. Vaksinasi amat penting untuk melindungi diri sendiri, ahli keluarga, rakan kerja, jiran sekeliling dan seluruh komuniti.

149382714 3156251134477771 3994846033722070868 o   149391007 4059309374088240 8986925774020043430 n

120903642 2765112987111889 7256572334377214302 n

Satu kajian yang melibatkan 213 kes positif di Korea mendapati kes yang bergejala dan tidak bergejala mempunyai paras virus yang SAMA dan boleh menyebarkan virus.
Hasil kajian ini mengukuhkan polisi untuk menggalakkan orang awam (termasuk YB) untuk memakai topeng muka. Ia juga menunjukkan kepentingan melakukan saringan kepada golongan berisiko.

75282297 10157180651351237 2868100220855286467 o

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pandemik #COVID19 belum berakhir malah boleh menjadi semakin teruk dan melarat. Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom berkata, lebih ramai akan dijangkiti virus tersebut jika negara itu tiada polisi yang betul untuk uji, kesan, asing dan kuarantin.

"Kita mahu pandemik ini berakhir. Kita mahu kembali kepada kehidupan asal. Realiti yang sukar diterima ialah wabak ini tidak menunjukkan ia hampir untuk berakhir," katanya dalam taklimat WHO secara maya pada Isnin.

Lebih setengah juta meninggal dunia di seluruh dunia, separuh daripadanya di Amerika Syarikat dan Eropah manakala di Amerika Selatan menunjukkan peningkatan semakin membimbangkan terutama di Brazil, Peru dan Chile. Wabak #COVID19 juga terus memuncak di Asia Selatan terutama India, Bangladesh dan Pakistan serta benua Afrika terutama Afrika Selatan.

Walaupun beberapa negara menunjukkan perkembangan positif, di peringkat global jangkitan semakin meningkat mendadak, kata Dr Tedros. Mengambil kira amaran itu dan perkembangan semasa di seluruh dunia, KKM menyeru orang ramai supaya tidak alpa dengan trend penurunan kes #COVID19 di Malaysia. Sebaliknya, orang ramai perlu lebih berwaspada serta mematuhi SOP dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan setiap masa.