RELA adalah salah satu pertubuhan yang bergiat menjalankan kawalan keselamat di sekitar kawasan Felda Jenderak Selatan. Pasukan RELA akan menjalankan rondaan pada waktu malam di dalam kawasan felda bagi memerangi kegiatan jenayah yang sering berlaku dalam kawasan rancangan Felda Jenderak Selatan.

Pasukan RELA juga akan dipanggil bagi menjaga keselamatan dan lalu lintas semasa program-progam yang akan dijalankan di dalam kawasan Felda Jenderak Selatan atau di dalam kawasan DUN Jenderak seperti kenduri kendara dan juga program-program yang melibatkan pemimpin. 

Aktiviti kawat bulanan juga telah diadakan di kawasan Felda Jenderak Selatan dan juga kawasan-kawasn sekitar yang berhampiran. Aktiviti ini dijalankan pada setiap bulan yang akan bertempat di Wisma JKKR dan juga Dewan Semai Bakti Felda Jenderak Selatan bagi memahirkan perjalanan kawat kepada pasukan-pasukan RELA. 

Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) ditubuhkan pada 11 Januari 1972 dengan berkuatkuasanya Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 – Peraturan-Peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005. Penubuhan RELA membolehkan rakyat untuk secara sukarela tampil menganggotai sebuah pasukan sukarela bagi membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan dan keamanan negara.

Di bawah Seksyen 2, Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964, Yang Di Pertuan Agong telah perkenan meluluskan pindaan Peraturan-Peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005 yang berkuatkuasa mulai 01 Februari 2005. Peraturan ini telah memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada Pegawai RELA dalam menangani Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Ikatan Relawan rakyat Malaysia ditubuhkan pada 11 Januari 1972 dengan berkuatkuasanya akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964- peraturan-peraturan.

 

PERANAN RELA

 

  • Melaksanakan operasi menangkap PATI.
  • Memelihara keselamatan dan keamanan setempat (tugas rondaan mencegah jenayah).
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti 'Geraksaraf dan Perangsaraf.
  • Bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sosioekonomi setempat.
  • Membantu agensi-agensi penguatkuasa lain seperti PDRM, JIM, KPDN & HEP, JPJ dan PBT

 

Selain itu , Felda Jenderak Selatan telah menubuhkan Pondok SRS yang kini diletakkan di jalan utama. Pondok SRS ini bertujuan untuk menjaga keamanan & keselamatan kampung daripada sebarang kes-kes yang tidak ingin berlaku. Pondok ini dijalankan pada setiap malam hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.