121419724 10157433586356237 9184440609602653534 n

PERHATIAN !!

PENGGUNAAN BEBERAPA WARNA GELANG PENGAWASAN DAN PEMANTAUAN DI RUMAH

Gelang HSO adalah tanda yang dipakaikan kepada individu di bawah pengawasan seperti kontak rapat kes positif, pengembara yang pulang dari luar negara atau individu yang berada di dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) secara pentadbiran.

Untuk makluman semua, selain gelang berwarna merah jambu, terdapat juga gelang berwarna putih, biru, merah atau kuning yang digunakan. Pemakaian warna gelang kepada individu yang perlu dikuarantin tertakluk kepada stok di kawasan setempat dan penentuan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Tempat dan tarikh saringan dilakukan akan ditulis pada gelang tersebut. Individu yang telah dipakaikan gelang kuarantin ini tidak boleh keluar rumah sehingga tempoh kuarantin tamat.

Gelang kuarantin hanya boleh dipotong oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat setelah tempoh kuarantin tamat. Sekiranya masih terdapat individu dengan gelang kuarantin berada di kawasan umum, laporkan ke pejabat polis atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.

Pemakai gelang HSO ini berpotensi menularkan jangkitan COVID-19.

Individu yang ingkar arahan ini boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat di sekelilingnya. Kepatuhan individu yang dipakaikan gelang HSO untuk kekal berada di rumah sangat dihargai.

 

 

 

80252261 2552857321483825 8793306491468714144 o

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertanggungjawab mengurus dan mengawal maklumat anda di aplikasi MySejahtera. Berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (akta 342), maklumat anda akan hanya digunakan bagi tujuan pemantauan dan pencegahan wabak COVID-19 dan tidak akan dikongsi atau diberikan kepada mana-mana pihak yang lain.

Anda risau siapa yang mengurus dan menggunakan maklumat anda di aplikasi MySejahtera? Jangan risau. Maklumat anda SELAMAT.

JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK MENGURUS SUMBER BERITA DAN MAKLUMAT YANG DITERIMA SEBELUM DISEBARKAN.

TIDAK PASTI, JANGAN KONGSI !

91199087 584631828792539 725282275347922944 o

https://static.xx.fbcdn.net/ima/ges/emoji.php/v9/td9/1/16/1f575_200d_2640.png")

Jaga diri anda dan keluarga, kekal tenang dan duduk di rumah.

Bersama-sama kita tangani dan putuskan rangkaian penularan COVID-19.

FB IMG 1585191502130