PUAN NUR KHALIDA BINTI MAT NOR
Latar Belakang
Puan Nur Khalida Binti Mat Nor kini berumur 36 tahun dan merupakan merupakan anak kepada peneroka rancangan Felda Jenderak Utara danbeliau menetap di Felda Jenderak Selatan. Beliau juga merupakan menantukepada peneroka dalam rancangan Felda Jenderak Selatan. Beliau berpindah dan menetap di Felda Jenderak Selatan selama 10 tahun sejak beliau berkahwin. Rumah kediaman beliau berhampiran dengan NADi dan beliau juga mula menjadi ahli NADi pada tahun 2017. Beliau amat kerap menggunakan perkhidmatan yang disediakan di NADi dan beliau juga adalah merupakan salah satu di antara komuniti yang sangat aktif sejak mendaftar sebagai ahli NADi serta melibatkan diri dengan aktiviti yang telah dianjurkan oleh pihak NADi Felda Jenderak Selatan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Pada peringkat awalan penglibatan Puan Khalida di NADi, ianya hanya ingin memohon petugas untuk mengajar beliau berkenaan perbankan dalam talian dimana para pelanggan beliau yang sering menggunakan pembayaran secara dalam talian. Beliau agak kurang faham dalam aktiviti melalui internet dan juga yang melibatkan penggunaan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Dengan menyedari kepentingan dalam menggunakan perbankan dalam talian, beliau sering hadir ke NADi Felda Jenderak Selatan untuk menggunakan komputer dalam pembelajaran perbankan dalam talian. Di samping itu, petugas NADi juga memberi pendedahan kepada beliau dalam penggunaan komputer bagi menguruskan fail yang sistematik bagi melihat aktiviti keluar masuk kewangan perniagaan beliau. Sejak daripada itu,beliau sering mengikuti kelas komputer seperti MS Office (MS Office Word, MS Power Point, MS Excel). Di samping itu, beliau juga mohon tunjuk ajar daripada petugas dalam aktiviti pengemaskinian data di dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kini, beliau telah mahir dalam membuat pengurusan aliran tunai perniagaan dan pelbagai dokumentasi dengan lebih teratur dan sistematik. Namun begitu, setelah beliau menjadi ahli dan mendapat tunjuk ajar daripada petugas NADi , tugasan beliau menjadi lebih mudah dan senang. Ia juga dapat menjimatkan kos beliau kerana melalui internet ini, beliau banyak menerima tempahan secara dalam talian. Kini pendapatan beliau juga agak meningkat dan sangat memberangsangkan. Ia sangat memudahkan dan sangat bersyukur dengn adanya perkhidmatan yang disediakan di NADi.
http://feldajenderakselatan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?limitstart=0#sigFreeIdf9926e8eb6
AMNI NUR RAISYA BINTI RAZLAN
Umur | : 9 Tahun |
Emel | : |
No Telefon | : |
Tahun Menjadi Ahli NADI | : 2023 |
Alamat |
: No. 74 Felda Jenderak Selatan, 28050 Kuala Krau, |
Latar Belakang
Adik Amni Nur Raisya Binti Razlan merupakan cucu peneroka yang tinggal di rancangan Felda Jenderak Selatan dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Selatan. Beliau juga merupakan ahli yang berdaftar dengan NADi Felda Jenderak Selatan pada tahun yang lalu dan beliau amat sering menggunakan perkhidmatan di NADi Felda Jenderak Selatan di mana NADi ini terletak berhampiran dengan rumah neneknya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Pada peringkat awalan penglibatan Amni di NADi, ianya hanya ingin bersama-sama rakannya menyertai kelas yang diadakan dan beliau amat kerap menggunakan perkhidmatan di NADi seperti cetakan dan fotostat. Selain itu, beliau kerap menggunakan komputer dimana beliau amat gemar menononton Youtube.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas itu, beliau berasa amat tertarik dengan perkhidmatan dan juga kelas yang telah dianjurkan oleh pihak NADi dan neneknya juga sangat bersetuju apabila beliau menyatakan bawaha di NADi ini bukan hanya terdapat perkhidmatan fotostat dan juga cetakan sahaja, malah petugas amat gemar menarik minat serta menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam segala aktiviti yang akan di anjurkan. NADi ini terletak berhampiran dengan tempat tinggalnya dan beliau lebih mudah untuk hadir ke NADi tanpa mengira waktu apabila beliau ingin menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Di samping itu, petugas NADi juga memberi pendedahan kepada beliau dalam penggunaan komputer dimana beliau seorang yang sangat mudah menerima ilmu yang di ajar oleh petugas NADi. Sejak daripada itu,beliau sering mengikuti kelas komputer seperti MS Office (MS Office Word, MS Power Point, MS Excel). Oleh itu, dengan keberhasilan beliau dalam mempelajari semua yang berkaitan dengan menggunakan komputer dan juga internet, kini beliau sering membuat kerja yang telah ditugaskan oleh gurunya dengan menggunakan kemudahan yang ada di NADi dan beliau amat seronok dengan ada nya ilmu pengetahuan berkenaan pendigitalan pada masa kini. Namun begitu, setelah beliau menjadi ahli dan mendapat tunjuk ajar daripada petugas NADi , tugasan beliau menjadi lebih mudah dan senang. Ia sangat memudahkan dan sangat bersyukur dengan adanya perkhidmatan yang disediakan di NADi Felda Jenderak Selatan.
http://feldajenderakselatan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?limitstart=0#sigFreeId70ab0ff052
Nama | : Syamsul Abdullah Bin Thani |
Umur | : 43 tahun |
Ahli | : 2010 |
Latar Belakang
Beliau telah menjual hasil ternakan kambing, biri-biri dan juga lembu secara kecil kecilan di sekitar kawasan kampung dan kawasan yang berhampiran. Beliau mula berjinak dalam menternak ternakan sejak 7 tahun yang lalu dan pekerjaan ini telah menjadi sebahagian daripada bidang pekerjaan beliau dan telah mencapai tahap yang lebih baik berbanding daripada mula beliau menceburi bidang ternakan ini. Kini beliau telah menjadi usahawan tani di dalam rancangan Felda Jenderak Selatan dan juga diluar bandar.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ICt, pendapatan bulananbeliau hanya dalam sekitar RM700.00 – RM 1500.00 sahaja dalam tempoh masa sebulan. Jumlah pelanggan bulanan hanya bergantung kepada 2 hingaga 5 orang pelanggan sahaja. Perniagaan ternakan beliau hanya disebarkan melalui rakan-rakan dan juga sanak saudara sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas melalui kelas latihan keusahawanan yang telah dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jenderak Selatan, beliau kini telah memiliki akaun facebook, whatsapp dan juga blog sendiri yang dapat mempromosikan hasil ternakan beliau. Beliau juga turut mencari pelbagai maklumat dengan menggunakan internet dan dapat mempelajari selok belok didalambidang ternakan. Kini pelanggan beliau dari seluruh negeri dimana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook dan juga dari whatsapp. Pendapatan bulanan beliau kini menjangkau RM 2000.00 hingga ke RM6000.00.
http://feldajenderakselatan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?limitstart=0#sigFreeIdd2c9939b6f
Nama | : Puan Zabedah Binti Seman |
Umur | : 34 tahun |
Ahli | : 20 Oktober 2013 |
Latar belakang
Puan Zabedah merupakan seorang ibu yang mempunyai semangat usahawan yang tinggi. Kini beliau berumur 34 tahun dan perniagaan ini adalah merupakan pekerjaan utama beliau dalam urusan untuk mencari rezeki yang halal dalam menjalankan kehidupan seharian beliau dan juga keluarga. Beliau telah berkecimpung dalam dunia perniagaan ini sejak 5 tahun yang lalu secara kecil-kecilan di sekitar kampung dan juga sektar kawasan yang berhampiran.
Sejak kira-kira 3tahun yang lalu, beliau telah memperluaskan lagi hasil jualannya ke sekitar bandar besar serta beliau kini telah menjadi pembekal kepada ejen/perantara yang banyak membuat pesanan keperek untuk dijual di sekitar bandar.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet Komuniti
Sebelum penggunaan ICT, pendapatan bulanan beliau hanya dalam sekitar RM900.00 – RM 1700.00 sahaja dalam tempoh masa sebulan. Jumlah pelanggan bulanan hanya bergantung dalam perniagaan di platform facebook dan whatsapp dengan kenalan rapat sahaja. Perniagaan beliau hanya disebarkan melalui rakan-rakan dan juga sanak saudara sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet Komuniti
Selepas beliau melibatkan diri melalui kelas latihan keusahawanan yang telah dibimbing oleh Pusat Internet Komuniti Felda Jenderak Selatan, beliau kini telah memiliki akaun page facebook, dan kedai yang dapat mempromosikan jualan beliau. Beliau juga turut mencari pelbagai maklumat dengan menggunakan internet dan dapat mempelajari selok belok perniagaan didalam pemasaran terutama dalam bahagian promosi. Kini pelanggan beliau dari seluruh negeri dimana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui page facebook dan whatsapp dan juga kedai. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000.00 hingga ke RM5000.00 sebulan.
http://feldajenderakselatan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?limitstart=0#sigFreeId6b548b42d4
BELAJAR ICT, MENAIP DAN KELAS MICROSOFT OFFICE
Nama | : Wan Amin Syahmi Bin Wan Ahmad Tajuddin |
Umur | : 12 tahun |
Ahli | : 2015 |
Latar belakang
Wan Amin Syahmi Bin Wan Ahmad Tajuddin merupakan seorang pelajar SK Felda Jenderak Selatan. Beliau merupakan sebahagian daripada anak kakitangan Pusat Konservansi Seladang di Felda Jenderak Selatan dan beliau merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Beliau telah menjadi ahli PI dengan anggaran lebih kurang 4 tahun dan beliau adalah sebahagian ahli yang rajin dan aktif mengikuti program dan juga aktiviti yang telah dianjurkan baik dari segi program ilmu mahupun program yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Jenderak Selatan. Beliau ini juga amat gemar menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan di Pusat Internet antaranya penggunaan internet untuk mengakses carian dalam pembelajaran dimana pada era masa ini,pelajar sekolah amat terdedah dengan dalam pemberlajaran ICT untuk e-pembelajaran di sekolah. Adik Wan Amin Syahmi Bin Wan Ahmad Tajuddin ini berusia 12 tahun dan kini baru sahaja selesai menduduki Peperiksaan UPSR. Beliau kerap berkunjung ke Pusat Internet untuk mendapatkan khidmat bantuan daripada petugas Pusat Internet di dalam konteks pembelajaran berkaitan teknologi ( ICT ). Pendapat beliau, pengetahuan dan kemahiran mengguna serta mengintegrasikan ICT adalah sangat penting dalam membentuk dan menaik taraf pendidikan dikalangan pelajar sekolah yang menetap di perkampungan agar tidak mundur berbanding pelajar luar bandar dan beliau juga berkata bahawa ilmu ICT amat penting untuk pembelajaran pada masa akan datang dan juga dalam dunia digital pada masa kini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum beliau melibatkan diri dalam kalangan ini, beliau tidak berminat untuk berkunjung ke Pusat Internet kerana agak bimbang agar petugas Pusat Internet tidak berminat untuk memberi layanan yang baik kepada beliau kerana beliau amat cetek dalam penggunaan komputer mahupun internet. Beliau menyatakan kepada petugas Pusat Internet bahawa beliau sememangnya tidak mahir dari segi asas komputer dan beliau tidak yakin serta sangat merendah diri kerana tiada pengetahuan berkenaan pengetahuan ICT berbanding rakan-rakannya yang lain.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah sekian lama berkunjung dan menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet, beliau sangat berpuas hati di atas layanan yang sangat baik dan mesra daripada petugas Pusat internet dan kini beliau sering melibatkan diri dengan kelas-kelas terbuka yang telah dianjurkan oleh pihak petugas Pusat Internet. Melalui kelas latihan yang telah beliau hadiri, beliau telah dibimbing daripada tidak mengenal asas hingga mahir oleh petugas Pusat Internet Felda Jenderak Selatan dan kini beliau telah mahir dalam asas komputer dan ini lebih memudahkan beliau untuk menjadi tunjang yang baik dan positif terhadap rakan-rakan serta memudahkan beliau untuk melaksanakan kerja-kerja sekolah yang melibatkan dengan penggunaan komputer. Teknologi komunikasi dan maklumat ( ICT ) telah mengubah cara beliau melaksanakan perkara yang berkaitan seperti merangka surat, membuat persembahan slaid dari MS Powerpoint serta merangka kerja melalui MS Excel. Selain itu, beliau mempunyai kelebikan yang tersendiri dan amat kreatif dalam merangka dan menyunting imej dalam penggunaan Adobe Photoshop dimana beliau amat rajin menggunakan dan meningkatkan lagi kelebihan yang telah dimiliki olehnya.